Nuffnang Ads

Sunday 5 October 2014

Video Call Untuk Yang Jauh Dimata Dekat Dihati




Salam Hari Raya Aidil Adha diucapkan, semoga kita menghayati pengertian nilai pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Anaknya Nabi Ismail.

Untuk Hari Raya Haji kali ini saya tidak berkesempatan untuk meraikan kemeriahanya di kampung halaman tercinta bersama Ayah,Bonda dan adikberadik di Pasir Mas, Kelantan.

Untuk menghilangkan kerinduan tersebut saya telah mencuba membuat video call ke kampung. Sebelum ini setahu saya video call agak mahal kadar bayaranya berbanding dengan panggilan biasa. Jadi saya cuba rancang untuk membuat video call dalam masa 10minit. Dan setelah membuat voice call yang kualiti video amat memuaskan.. amat mengujakan caj yg dikenakan hanya Rm1.65! (maxis ke maxis) itu pun setelah terlajak 55saat..



Jadi saya cuba google untuk melihat kadar video call terkini di laman web hotlink(maxis)

Ini link dia:
https://www.hotlink.com.my/content/hotlink/en/support/faq-library/mobile/hotlink-plans/hotlink-sarawak/general/q4.html?searchcat=AllResults



dan hasilnya:






Jadi rupanya kadar bayaran video call adalah sama dengan voice call!

Yang pentingnya Smartphone anda ada front camera serta perkhidmatan 3g ada di kawasan anda dan di kawasan yang ingin anda dihubungi.

Untuk itu istilah ‘Jauh dimata dekat dihati’ boleh di tukar kepada ‘Dekat dimata juga dekat dihati’ hihi gurau je =)

Sekian,untuk kali ini.

Annas Siddiq
Damansara Damai
6/10/2014
12 Zulhijjah 1435

Saturday 4 October 2014

Harga Minyak Naik Lagi..Bagaimana Untuk Mengatasinya?


Baru-baru ini kita diberitakan tentang kenaikan harga minyak, iaitu kenaikan sebanyak 20 sen bagi RON95 dan diesel (2 September 2014). Bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana pasti akan sedikit sebanyak merasai kesempitan kewangan kesan kenaikan haraga bahan api tersebut.


Bagaimana Untuk Mengatasinya?
Ada beberapa produk yang didakwa mampu untuk membantu memberi penjimatan minyak dari 20-50%

Tablet Bionas Bio Booster Tabs http://www.bionas.com.my/Prod.html




Dicipta oleh BIONAS, dengan menggunakan teknologi nano-emulsi dan polarisasi yang merupakan penyelesaian terhadap masalah perubahan iklim serta pembangunan ekonomi yang baru & mampan.


Kenapa harus anda menggunakan tablet Bionas Bio Booster Tabs ini tanpa ragu?

1. Menjimatkan penggunaan minyak (petrol/diesel) kenderaan anda sehingga 30%.
2. Memberikan pembakaran bersih di dalam enjin.
3. Mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau dari ekzos sehingga 80%.
4. Melancarkan pemecutan.
5. Membersihkan enjin kenderaan.
6. Menggunakan teknolgi polarisasi.
7. Bersih, mesra alam, tidak toksik.
8. Diiktiraf oleh US Environmental Protection Agency (US EPA), UNESCO, SGS, INTERTEK.
9. Telah digunakan di 36 buah negara.
10. Boleh digunakan untuk pelbagai kenderaan seperti kereta, motosikal, trak/lori, bas, kapal, pesawat.
11. Mudah untuk digunakan! Cuma letak ke dalam tangki minyak, dan rasakan perbezaannya.



Max Power Controller (MPC) http://www.rmfpower.com/?lang=ms



Max Power Controller (MPC) boleh dianggap alat serba canggih dan paling sempurna kerana ianya lengkap dengan fungsi tersendiri yang memenuhi kehendak pengguna dan produk ini dicipta khusus dengan kemampuannya yang luar biasa dalam menstabilkan arus elektrik kenderaan dan memantapkan pembakaran bahan api, melancarkan pemanduan, mengurangkan tekanan terhadap enjin dan menambah kuasa pecutan bagi setiap kereta yang menggunakannya. MPC juga sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan tanpa sebarang kesan sampingan terhadap kenderaan, ia juga dibangunkan berdasarkan mikrocip terbaik dari Jepun yang telah dikaji dan sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan di dalam dan luar negara. MPC juga diperhebatkan dengan penggunaan komponen LED yang terbaik di dunia, arus elektrik yang mengalir melalui LED ini memberikan sokongan yang sangat baik supaya ianya dapat memaksimumkan fungsi dan kelebihan mikrocipnya kepada setiap kenderaan yang menggunakan MPC ini. Max Power Controller (MPC) membantu menjimatkan minyak kenderaan sehingga 45%. Max Power Controller dengan inovasi adalah lebih maju dan alat penjimat yang berkesan berbanding alat penjimat minyak lain yang berada dalam pasaran. Ianya menjimatkan minyak dalam kadar seminimum 15% dan meningkat kepada 45%.


Max Power Controller hanya direka untuk kendaraan 12V seperti kereta, SUV, MPV, 4WD dan sebagainya, Tapi bukan untuk digunakan pada kenderaan berat seperti lori, bas atau trak. Antara faedah yang lain seperti:-


Penjimatan Minyak dari 15% hingga 45%.
Melindungi sistem eletronik kereta
Menambah lebih pick-up dan kuasa pecutan
Meningkatkan Kuasa Kuda
Meningkatkan tork enjin
mengurangkan tekanan enjin
Menstabilkan voltan bateri
Menyejukkan penghawa dingin
Melancarkan penukaran gear
Menerangkan lampu depan
Menjelaskan sistem audio
Pengeluaran yang lebih bersih
Memanjangkan jangka hayat bateri dan palam pencucuh



Kesemua faedah diatas boleh dirasai dalam tiga saat setelah dipasangkan pada soket palam pencucuh rokok kereta. Max Power Controller juga disediakan dengan 20 bulan jaminan dan ianya diistiharkan selamat oleh Standard Industrial Research Malaysia atau SIRIM QAS International, merupakan badan pensijilan standard ISO. Untuk maklumat, Max Power Controller tidak memerlukan penyelenggaraan.