Nuffnang Ads

Monday 1 December 2014

Kingston DataTraveler microDuo



Memperluaskan penyimpanan data untuk tablet dan telefon pintar!

Pemacu DataTraveler® microDuo Flash Kingston ini menyediakan simpanan tambahan dalam
saiz yang kecil dan mudah untuk tablet dan telefon pintar yang menyokong fungsi USB OTG (On-The-Go). Standard USB OTG membolehkan peranti mudah alih untuk
menyambung terus ke peranti USB yang disokong.

Pemacu DataTraveler microDuo Flash membolehkan microUSB ports yang biasanya digunakan untuk mengecas digunakan sebagai expansion ports sehingga 64GB storan tambahan. Ideal untuk menyimpan fail-fail besar semasa dalam perjalanan, DTDUO memberikan fungsi plug-and-play untuk tablet dan telefon pintar tanpa microSD ports pada harga yang lebih rendah bagi setiap GB daripada tambahan terbina dalaman penyimpanan pada peranti mudah alih.

Dengan telefon pintar dan tablet yang rakaman video HD dan mengambil gambar resolusi tinggi, ruangan storage dalaman  pada alat-alat ini akan digunakan lebih cepat daripada sebelumnya. Pemacu DTDUO Flash membolehkan pengguna memindahkan fail, gambar, video dan banyak lagi - tanpa memasang ke PC Untuk offload atau backup kandungan data. Berkongsi fail besar antara peranti mudah alih adalah lebih mudah berbanding menggunakan online cloud services, dan tidak memerlukan kabel untuk memindahkan data antara peranti dan PC.

Terdapat dalam USB 2.0 atau USB 3.0, pemacu DT microDuo kilat adalah kecil, ringan
dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja, ditambah dengan reka bentuk anggun melengkapkan mana-mana peranti mudah alih . Penutup berputar melindungi penyambung microUSB daripada kerosakan.
Pemacu DataTraveler microDuo Flash disokong oleh jaminan lima tahun, percuma
sokongan teknikal dan kebolehpercayaan lagenda Kingston®






>Gabungan USB dan pemacu microUSB Flash
>Penyimpanan tambahan untuk peranti mudah alih anda
>Saiz yang kecil





CIRI-CIRI / FAEDAH
> USB OTG (On-The-Go) - satu piawaian yang membolehkan fungsi host dalam telefon tertentu / tablet dengan pelabuhan microUSB, membolehkan sambungan ke peranti USB seperti DT Kingston
microDuo
> 2-dalam-1 - microUSB dan USB penyambung untuk mudah pemindahan fail
antara telefon pintar, tablet dan komputer
> Plug-and-Play - hanya menyambung seperti yang anda lakukan pada USB standard.
> Sangat ringkas -, reka bentuk bersaiz poket ultra-kecil untuk mudah
dibawa.
> Kelajuan - Boleh didapati sama ada dalam USB 2.0 atau USB 3.0 untuk melengkapkan
peranti anda yang sedia ada

SPESIFIKASI
> Kapasiti
• USB 2.0: 8GB, 16GB, 32GB, 64GB
• USB 3.0: 16GB, 32GB, 64GB

> Kelajuan
• USB 2.0: Standard
• USB 3.0: 
  16GB - 70MB /s membaca, menulis 10MB /s
  32GB-64GB - 70MB /s membaca, menulis 15MB /s

> Ukuran: 27.63mm x 16.46mm x 8.56mm
> Suhu Operasi: 0 ° C hingga 60 ° C
> Suhu Penyimpanan: -20 ° C hingga 85 ° C
> Waranti / sokongan: jaminan 5 tahun dengan sokongan teknikal percuma.




USB 2.0:
DTDUO/8GB
DTDUO/16GB
DTDUO/32GB
DTDUO/64GB

USB 3.0:
DTDUO3/16GB
DTDUO3/32GB
DTDUO3/64GB

Berita Baik!
Kingston DataTraveler microDuo sudah berada di pasaran Malaysia.
Anda boleh membelinya di sini atau di Laman Facebook: Pc Niaga
Anda juga boleh berkunjung ke ruangan Shop Online saya.

Sekian sahaja untuk kali ini ya.

Friday 14 November 2014

Antivirus Perlindungan Keselamatan Urusan Online Anda.


Di alam dunia siber Antivirus adalah sangat penting sebagai perlindungan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab ingin mengambil kesempatan ingin mencuri data atau merosakkan maklumat dan data yang bernilai.



Diantara ciri-ciri Antivirus/Internet Security yang baik ialah:
-Mampu untuk menyekat serangan virus,perisian pengintip & malware lain
-Perlindungan Pautan,mengimbas pautan web, Twitter®, & Facebook®
-File Shredder, memadam fail dengan selamat untuk menghalang pengintipan
-Perlindungan E-mel, memberi amaran kepada anda tentang lampiran berniat jahat
-Online Shield, melindungi anda daripada muat turun berbahaya
-Simpanan Data, menyulitkan & melindungi fail peribadi dengan kata laluan
-Anti-Spam, menghentikan penghantar spam & penipu
-Firewall yang Dipertingkat, menyekat penggodam untuk membeli-belah dengan lebih selamat
-Pengawal WiFi, membantu anda mengelakkan mengakses WiFi berbahaya yang digunakan oleh penggodam dengan memberi amaran kepada anda semasa PC anda cuba untuk mengakses rangkaian WiFi yang tidak diketahui.
-Memberi Perlindungan kepada kanak-kanak terhadap kandungan berbahaya didalam laman web



Disamping itu juga jika anda mencari Antivirus/Internet Security, pastikan mempunyai ciri-ciri berikut sebagai tambahan:
-Penasihat, memberi respons kepada isu prestasi dengan cadangan mengenai cara untuk mempercepatkan pelayaran anda. Memberi amaran kepada anda mengenai aplikasi yang menggunakan banyak data internet dan memori dengan memberikan anda pilihan untuk menutupnya.
-Antara Muka Mudah, antivirus berciri penuh dalam reka bentuk ringkas yang menarik.
-Auto Baiki, mengesan dan memberi amaran kepada anda mengenai sebarang risiko keselamatan, memberikan butang Auto Baiki satu klik yang mudah iaitu membaiki masalah secara automatik dan menetapkan semula sistem kepada mod perlindungan terbaik.
-Kemas Kini Automatik, dikemas kini secara automatik untuk mengekalkan tahap pertahanan tertinggi.







Jika ditanya apakah Antivirus terbaik untuk masa ini?
Antara Antivirus terbaik ialah:
-Kaspersky Anti-Virus (2015)
-Norton AntiVirus (2014)
-Bitdefender Antivirus Plus 2015
-Webroot SecureAnywhere Antivirus (2014) [kurang dikenali di Malaysia]

Jadi keputusan pilihan ditangan anda.

Kaspersky PURE 2.0

Sunday 5 October 2014

Video Call Untuk Yang Jauh Dimata Dekat Dihati




Salam Hari Raya Aidil Adha diucapkan, semoga kita menghayati pengertian nilai pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Anaknya Nabi Ismail.

Untuk Hari Raya Haji kali ini saya tidak berkesempatan untuk meraikan kemeriahanya di kampung halaman tercinta bersama Ayah,Bonda dan adikberadik di Pasir Mas, Kelantan.

Untuk menghilangkan kerinduan tersebut saya telah mencuba membuat video call ke kampung. Sebelum ini setahu saya video call agak mahal kadar bayaranya berbanding dengan panggilan biasa. Jadi saya cuba rancang untuk membuat video call dalam masa 10minit. Dan setelah membuat voice call yang kualiti video amat memuaskan.. amat mengujakan caj yg dikenakan hanya Rm1.65! (maxis ke maxis) itu pun setelah terlajak 55saat..



Jadi saya cuba google untuk melihat kadar video call terkini di laman web hotlink(maxis)

Ini link dia:
https://www.hotlink.com.my/content/hotlink/en/support/faq-library/mobile/hotlink-plans/hotlink-sarawak/general/q4.html?searchcat=AllResults



dan hasilnya:






Jadi rupanya kadar bayaran video call adalah sama dengan voice call!

Yang pentingnya Smartphone anda ada front camera serta perkhidmatan 3g ada di kawasan anda dan di kawasan yang ingin anda dihubungi.

Untuk itu istilah ‘Jauh dimata dekat dihati’ boleh di tukar kepada ‘Dekat dimata juga dekat dihati’ hihi gurau je =)

Sekian,untuk kali ini.

Annas Siddiq
Damansara Damai
6/10/2014
12 Zulhijjah 1435

Saturday 4 October 2014

Harga Minyak Naik Lagi..Bagaimana Untuk Mengatasinya?


Baru-baru ini kita diberitakan tentang kenaikan harga minyak, iaitu kenaikan sebanyak 20 sen bagi RON95 dan diesel (2 September 2014). Bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana pasti akan sedikit sebanyak merasai kesempitan kewangan kesan kenaikan haraga bahan api tersebut.


Bagaimana Untuk Mengatasinya?
Ada beberapa produk yang didakwa mampu untuk membantu memberi penjimatan minyak dari 20-50%

Tablet Bionas Bio Booster Tabs http://www.bionas.com.my/Prod.html




Dicipta oleh BIONAS, dengan menggunakan teknologi nano-emulsi dan polarisasi yang merupakan penyelesaian terhadap masalah perubahan iklim serta pembangunan ekonomi yang baru & mampan.


Kenapa harus anda menggunakan tablet Bionas Bio Booster Tabs ini tanpa ragu?

1. Menjimatkan penggunaan minyak (petrol/diesel) kenderaan anda sehingga 30%.
2. Memberikan pembakaran bersih di dalam enjin.
3. Mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau dari ekzos sehingga 80%.
4. Melancarkan pemecutan.
5. Membersihkan enjin kenderaan.
6. Menggunakan teknolgi polarisasi.
7. Bersih, mesra alam, tidak toksik.
8. Diiktiraf oleh US Environmental Protection Agency (US EPA), UNESCO, SGS, INTERTEK.
9. Telah digunakan di 36 buah negara.
10. Boleh digunakan untuk pelbagai kenderaan seperti kereta, motosikal, trak/lori, bas, kapal, pesawat.
11. Mudah untuk digunakan! Cuma letak ke dalam tangki minyak, dan rasakan perbezaannya.



Max Power Controller (MPC) http://www.rmfpower.com/?lang=ms



Max Power Controller (MPC) boleh dianggap alat serba canggih dan paling sempurna kerana ianya lengkap dengan fungsi tersendiri yang memenuhi kehendak pengguna dan produk ini dicipta khusus dengan kemampuannya yang luar biasa dalam menstabilkan arus elektrik kenderaan dan memantapkan pembakaran bahan api, melancarkan pemanduan, mengurangkan tekanan terhadap enjin dan menambah kuasa pecutan bagi setiap kereta yang menggunakannya. MPC juga sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan tanpa sebarang kesan sampingan terhadap kenderaan, ia juga dibangunkan berdasarkan mikrocip terbaik dari Jepun yang telah dikaji dan sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan di dalam dan luar negara. MPC juga diperhebatkan dengan penggunaan komponen LED yang terbaik di dunia, arus elektrik yang mengalir melalui LED ini memberikan sokongan yang sangat baik supaya ianya dapat memaksimumkan fungsi dan kelebihan mikrocipnya kepada setiap kenderaan yang menggunakan MPC ini. Max Power Controller (MPC) membantu menjimatkan minyak kenderaan sehingga 45%. Max Power Controller dengan inovasi adalah lebih maju dan alat penjimat yang berkesan berbanding alat penjimat minyak lain yang berada dalam pasaran. Ianya menjimatkan minyak dalam kadar seminimum 15% dan meningkat kepada 45%.


Max Power Controller hanya direka untuk kendaraan 12V seperti kereta, SUV, MPV, 4WD dan sebagainya, Tapi bukan untuk digunakan pada kenderaan berat seperti lori, bas atau trak. Antara faedah yang lain seperti:-


Penjimatan Minyak dari 15% hingga 45%.
Melindungi sistem eletronik kereta
Menambah lebih pick-up dan kuasa pecutan
Meningkatkan Kuasa Kuda
Meningkatkan tork enjin
mengurangkan tekanan enjin
Menstabilkan voltan bateri
Menyejukkan penghawa dingin
Melancarkan penukaran gear
Menerangkan lampu depan
Menjelaskan sistem audio
Pengeluaran yang lebih bersih
Memanjangkan jangka hayat bateri dan palam pencucuh



Kesemua faedah diatas boleh dirasai dalam tiga saat setelah dipasangkan pada soket palam pencucuh rokok kereta. Max Power Controller juga disediakan dengan 20 bulan jaminan dan ianya diistiharkan selamat oleh Standard Industrial Research Malaysia atau SIRIM QAS International, merupakan badan pensijilan standard ISO. Untuk maklumat, Max Power Controller tidak memerlukan penyelenggaraan.


Monday 6 August 2012

3G WIRELESS ROUTER battery


Portable Battery Powered 3G/3.75G Wireless N Router TL-MR3040 (Rm150)
(Produk ini membolehkan fungsi wifi kepada USB 3G modem)

Ciri-Cirir:
-Menggunakan bateri,mudah dibawa, ringan dan kecil.
-Wireless N kelajuan sehingga 150Mbps
-Kawalan jalur lebar berasaskan IP membolehkan pentadbir untuk
menentukan berapa banyak bandwidth yang diperuntukkan kepada
 setiap peranti disambungkan
-Port USB mikro untuk bekalan kuasa,yang boleh disambungkan
kepada komputer riba anda atau plug elektrik.
-Empat mode kerja iaitu: 3G Router, Travel Router (AP),
WISP Client Router, Wireless Router